Wednesday, May 27

UBAT GIGI GEMOK

Amat boring buat English. Jadi ingin menukar mod. Berikut dibawakan sebuah kisah benar yang telah diolah dan diubah suai serba sedikit bagi memenuhi selera dan kesesuaian pembaca. Cewah.

Pagi itu aku bangun lambat. Seperti biasalah, ayam berkokok di telingaku seawal pukul 11 pagi. Sarapan pagi pukul 1 petang. Perasaan sebenar, malas mahu memasak. Tetapi menyedapkan hati sendiri dengan mengatakan, “Ala, aku masak banyak2 pon perabeh beraih umah aku jaa...” Padahal sebenarnya sebaliknya. Pandai sungguh aku menyedapkan hati malas sendiri.

Kalau baru bangun tidur, badan, mulut, keti semuanya akan berbau busuk. Dan seperti biasalah, aku akan mandi dahulu sebelum melakukan apa-apa amalan harian. Tetapi, pada hari itu, adikku yang selalunya akan bangun lebih kurang 2 jam lebih lewat dariku, tiba-tiba insaf. Beliau bangun awal pada hari itu. Dan beliau barjaya masuk ke dalam bilik air lebih awal dariku. Alamak. Petanda buruk. Selain dariku, beliau juga merupakan pengguna bilik air terlama (mandi paling lamalah) dalam keluarga Encik Abdul Rahim Padzin. Berapa lama, tidak perlulah dinyatakan. Nanti beliau marahkan saya, jatuhlah maruah beliau sebagai lelaki macho sekolah.

Jadi, mengenangkan gigi yang masih belum bergosok, saya beralih arah dan angin ke sinki dapur. Abah saya ada juga kadangkala memberus gigi beliau di dapur. Kadangkala? Tidak. Selalu. Baiklah. Saya tipu. Beliau menjalankan kebanyakan aktiviti memberus gigi beliau di dapur. Entahlah. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin bau sinki selepas beliau meludahkan baki ubat gigi memberi aroma tertentu pada beliau. Ada juga saya terbau dulu. Ya, dan saya rindu bau itu sekarang.

Nasib baiklah berus gigi belum dikeluarkan dari beg galas saya. Malas saya mahu mengetuk pintu bilik air dan melalui banyak prosedur untuk mendapatkan berus gigi dari dalam bakul. Paip sinki kupulas. Tiada apa terjadi. “Oh, tesilap peip ayaq”. Saya memulas paip air satu lagi, kali ini berjaya. Air keluar dengan deras. Saya berkumur-kumur, cuba melemaskan kuman-kuman yang cuba bersarang dalam mulut. Tidak tahulah berjaya atau tidak. Teori ini saya jumpa semasa umur 3 tahun.

Saya tercari-cari ubat gigi di dalam kole di tepi paip. Pelik, ada dua ubat gigi. Satu, saya istilahkan ‘ubat gigi kurus’. Tiubnya kecil sahaja,berwarna hijau dan putih, kelihatan seperti akan memuntahkan isi terakhirnya jika digunakan oleh saya. Satu lagi, ‘ubat gigi gemuk’. Ya, tiubnya merah jambu, sihat walafiat, terima kasih. Tekalah saya pilih yang mana.

Saya pulas perlahan-lahan penutup ubat gigi. Diingatkan, ketika ini saya masih berada di mod ‘weiakurasanakterjunataihkatiljapaihtututopkpalanganbantaibusukbulehtak’. Mod ini menyebabkan saya menjadi lembap dan ‘slow-and-steady-palahotakmu’. Penutup ubat gigi berpusing, tetapi tidak berganjak dari badan ‘pink’nya. Setelah memusing sebanyak 8 9 pusingan, barulah saya sedar penutup itu perlu ditarik ke atas. “Mangkok ayon punya ubat gigi” (Orang ini juga degil tidak mahu mengakui kemagkukan sendiri). Saya teliti lubang saluran ubat gigi. “Ai, kedekut nak mampoih. Kecik gila lubang. Aku beruih gigi depan jaa cukop laa”. Hairan. Jadi saya yang bijak ini mengambil keputusan memicit dengan sesungguh hati ubat gigi yang liat mahu keluar dari tiubnya itu ke atas berus gigi saya. “Aish, awat pink gila kaler ubat gigi dia?” Tak mengapalah.

Saya membuka mulut dan memulakan langkah menonyoh gigi saya dengan ubat gigi gemuk sambil memejamkan mata. Setelah beberapa saat, barulah saya tersedar. “Awat ubat gigi nih rasa neutral gila? Tak pedaih pon”. Saya meneruskan berusan sambil kali ini lebih meneliti rasa ubat gigi. Baunya juga amat asing. Saya keluarkan ubat gigi dari mulut. Ada satu rantaian ubat gigi, seperti yang selalu kita di lihat di iklan Pizza Hut jika seseorang itu makan ‘cheese pizza’. Saya lihat berus gigi tidak berbuih seperti biasa. Kesan-kesan ubat gigi gemuk masih banyak terlekat di bulu-bulu kecil berus.

Saya cuba mengunyah ubat gigi. Bukan sahaja saya merasa dan berbau sesuatu yang teramat-amatlah asing, malah ianya juga mempunyai tekstur yang melekit-lekit dan licin. “Awat ubat gigi ni belengaih sangat?” Saya terasa mulut saya melekat-lekat.Ketika itu otak saya dapat berfikir dengan waras kembali. Saya cuba berkumur-kumur untuk menghilangkan ubat gigi gemuk di dalam mulut. Sebahagian usaha saya mungkin berjaya. Berus gigi terpaksa saya tonyoh setonyoh-tonyohnya supaya kesan ubat gigi gemuk dapat dihilangkan. Nasib baik. Namun berus gigi saya yang putih sudah bertukar menjadi warna merah jambu (sedih, itu berus gigi baru). Dan mulut saya masih melekit-lekit. Kelekitan itu hanya hilang selepas saya makan tengahari. Saya agak ubat gigi gemuk itu sudah selamat sampai ke dalam perut saya (Alhamdulillah).

Malam itu, saya cuba bertanya kepada adik saya mengenai perihal ubat gigi gemuk pelik itu.

“Wei, Tam, ubat gigi kaler pink tu apa?”

“Yang mana? Yang kat dapoq tu?”

“Haa. Yang tu kot. Yang menda dia kaler pink tuh. Menda tu?”

“Awat? Hang gosok gigi pakai menda tu?” Beliau tersengih.

“Eh, dok. Dok. Aku ternampak ja. Menda?”

“GAM GIGI PALSU ABAH.”

“...”





AAAAAAARRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!...... – hanya boleh menjerit dalam hati. Jika terjerit di depan beliau pasti akan malu besar dan mungkin akan dikutuk sepanjang cuti. Atau sepanjang tahun. Atau sepanjang hayat. Haish...

11 comments:

.::annemishi::. said...

ha3... guling2 ku gelak.. adoyaii.. ang nih..

zawani said...

hahahhaha. itulah akibatnya berus gigi sambil tutup mata. haha

muFFin said...

oit, awat gigi ang tak kala pinK???

Dai said...

anneh : kawan hang ini memg loqlaq..

zawani : masa ltak ubat gigi x tutop mata pon.... =(

muffin : gigiku yg berwarna putih kunin ini payah dipenetrate oleh mana2 ubat gigi pon...

mud said...

ubat gigi kuruih untuk sayer je

-hng duk buat mamai apa weh

Dai said...

aku p tonyoh gigi sniri pkai gam gigi palsu kot.... mangun tidoq mamai ar weh....

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

ubat jerawat aku ade. nak letak kat gigi ko gak? kui3

Dai said...

gigi aku licin lagi berkilat. tidak ada tanda-tanda mereka memerlukan krim bagi menghilangkan kawah-kawah atau gunung-ganang. Jadi tidak perlulah.

nurul.bahiyah said...

bapak aa lawak....

nurul.bahiyah said...

bapak aa lawak....

Dai said...

sekarang pon aku rasa lawak..
tpi time kena aku rasa cuak... takut abah ak perasan gam ubat gigi dia dah berkurangan... n tyme tuh aku for sure akan kantoi dengan hebatnya...