Saturday, May 16

Selamat Hari Guru


Selamat hari guru diucapkan kepada guru-guru saya di :-


Tadika Kemas Kampung Haji Yatim

Pasti Nurul Hasanah Sama Gagah

Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu

Kolej Yayasan United Engineers Malaysia


Terima kasih kerana mendidik insan di sini. Saya bukanlah peminat puisi dan tidak pula mempunyai pengetahuan luas mengenai puisi. Jadi mungkin tiada kata-kata indah atau ayat-ayat menyayat yang dapat saya sampaikan. Hanya isi hati yang tidak seberapa dapat saya luahkan.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mendidik insan jahil ini. Tanpa kalian, tidak mungkin saya di sini, berjuang mengumpul setitik ilmu Tuhan bagi mengubah nasib keluarga. Tidak mungkin dapat saya meneruskan cita-cita, menerokai bumi Tuhan yang indah lagi terbentang jauh. Tidak mungkin ilmu yang tersemat di dada ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Kalian mencoret labih dari separuh warna kehidupan saya, dan saya tidak mungkin melupakan jasa-jasa kalian, walaupun ya, memang susah bagi saya mengingat kembali nama-nama guru yang pernah menabur bukti kepada saya. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.


Dan tidak lupa kepada kawan-kawan pemengang biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia, selamat hari guru! Jadilah guru berdedikasi dan cemerlang di masa hadapan!!

7 comments:

.::annemishi::. said...

selamat hari guru jgak...

rosmanrazif said...

slamat ari guru jugak cikgu

Dai said...

oh.. mana aci... xleh wish kat ampa ari guru jugak...

xpe... ari special saya.. mwahahahaha!!!!

bangga menjadi bakal guru bio malaysia...=)

zol dabat said...

ok
meh aku try
selamat hari economist

Dai said...

maaf incek zol..
ucapan anda amat tidak menjadi...
har4...

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

selamat hari guru dai :)

Dai said...

slamat ari guru ada...
semoga menjadi guru cemerlang!