Tuesday, May 26

Satu Lagi Ujian Tuhan…

Migrain.

Dulu semasa waktu menengah rendah, pernah terlihat seorang senior yang migrain menghantuk-hantukkan kepalanya di dinding sehingga meninggalkan kesan darah pada dinding kuning bilik. Ketika itu terlintas di hati akan menjaga otak dengan baik supaya tidak terkena penyakit ini.

Gagal.

Kali pertama terkena selepas tamat kertas praktikal Biology AS. Tidak mengesyaki apa-apa ketika itu. Kali kedua, rasa kurang selesa, berjumpa dengan matron. Sah. Setelah simptom penyakit dijelaskan, kesahihan terbukti. Rasa amat sedih. Pergi ke dewan makan. Berusaha menyorokkan perasaan sendiri dari orang lain. Berjaya seperi biasa. Ketika menulis entri ini masih terasa kesakitan. Kelas Biology sudah diponteng kerana sakit.

Hanya meohon kepada Allah supaya dikuatkan hati menghadapi penyakit ini. Berharap supaya boleh sembuh seperti sedia kala. Takut. Kata Puan Haminah, jika mengalami tekanan, penyakit ini akan menyerang. Tekanan? Sepanjang masa tekanan sebenarnya. Entahlah. Ada hikmah barangkali.

Maafkan aku, kerana tidak menjagamu dengan baik...

6 comments:

.::annemishi::. said...

dapat migrain??ermm...

org migrain nih slalu allergic ngn chya skit.. kl skit tuh mnyerang..
huhu..

tc~~

zol dabat said...

semoga hg bjaya
mghadapi cabaran kali nie
tp kna ingat
dgn cabaran la kita jd lg kuat

Dai said...

anneh : gitulah.. ari tuh tak pasal lampu tuh kna maki ngan aku.. aiseh...hahaha

zol : zol pnya komen memg mantap.. hu2... kata2 bernas bakal pm!! undilaa zol!!! =)

zol dabat said...

sonna koto ga
nain des kedo....
*sdemikian perkara tidak ada tetapi...

Zawani Ibrahim said...

takpa kak dayah.
ingatlah, setiap ujian itu datang beserta hikmah.

Dai said...

zol : hish.. sebenaqnya 2 2 bahasa aku xpaham... uh...

zawani : musti kena beringat. kita hidup bukan untuk dunia semata-mata. caiyok!!