Tuesday, May 12

Kisah Rindu




14 Mei ini saya akan menduduki peperiksaan. Advance Subsidiary Level Biology. Dimulakan dengan praktikal makmal. Saya gerun. Masa depan keluarga dan diri terletak dalam tempoh 2 jam peperiksaan. Abah saya menghubungi saya malam Selasa ketika di surau. Nadanya seperti biasa. Ceria sahaja. Agaknya rindu.

Abah tanya saya, bagaimana peperiksaan? Kata saya, Biology OK.

Kimia?

Chemistry boleh la.

Fizik?

Abah, mana orang amek Fizik.

Matematik?

Haish. Berat hati saya. Mathematics kureng sket. Huraian dihentikan.

Fizik dengan Matematik bukan sama ka?

Eh, lain. Mana sama. Garu kepala. Bagaimana mahu diterangkan? Matematik kira-kira nombor ja.. Fizik ada teori.

Teori?

Teori tu macam.. Gheta pecut brapa kilometer sejam?

Oo.. Macam tu. Sejarah?

Mana ada Sejarah abah.

Oo.. Takdak ka?? Bahasa Malaysia?

Tak blajag la abah.. Bahasa Inggeris tak mau tau?

Tak mau.

Eh eh??

Hahaha...

Khamis ni ada periksa.Biology Lab.

Periksa apa?

Periksa dia dalam makmal. Ada tuang-tuang cecair la.. Pakai microscope..

Oo.. Microscope..

Menda tu yang orang dok teropong tengok kuman yang kecik-kecik tu. Bersungguh-sungguh saya menerangkan.

Oh... Buat elok-elok

Insya Allah...


Saya rindu abah saya. Abah tanya bila saya mahu balik. Saya cakap hujung bulan Jun. Kenapa lambat? Ada periksa. Sebenarnya saya ingin menyatakan tentang kepokaian saya. Tapi tak terungkap dek kata-kata. Tiba-tiba Abah cakap.. Selamat hari jadi. Eh, abah ingat? Selalu bukan Abah tak ingat? Sahlah. Abah rindu saya. Saya rindu abah juga. Tapi tahanlah. Nanti tiga tahun di United Kingdom. Lagilah. Saya latih diri dari sekarang. Kata orang, jika lima tahun tinggal di asrama, tidak akan berasa rindu pada rumah. Tipulah.


10 Mei hari itu berasa ceria sedikit. Kawan-kawan merancang kejutan kepada saya. Memang hebat. Saya memang terkejut. Adik Beradik Peliharaan semuanya hadir. Naza. Muiz. Syukri. Bahagialah. Rakan sechalet dan serumah juga. Ijat. Nina. Aqlili. Kawan rapat saya Wawa juga ada. Apabila pulang, Zazzy si kawan baik saya pula membuat penampilan istimewa. Memang meriahlah. Saya kini berusia 19 tahun. Jauh lagi perjalanan. Banyak lagi yang perlu saya lihat. Subhanallah, Allah maha besar. Tapi saya kesal sedikit. Hanya mama menelefon saya mengucap selamat hari lahir. Saya sendiri terlupa mengenai hari ibu. Kesal sendiri.






Kata sahabat-sahabat saya, saya sudah menjadi kiasu. Nampak stress. Senyuman sudah hilang sedikit dari wajah. Mungkin. Saya sedang berusaha bersungguh-sungguh. Saya percaya janji Allah, bak kata pepatah, man jadda wajada, man zaroga’ hasoda. Siapa yang berusaha, dia akan mendapat hasil. Alhamdulillah, memang saya nampak hasilnya. Allah maha agung. Saya hanya peminjam yang berjaya meminjam ilmu dari pemiliknya. Seringkali saya beristighfar, mengingatkan diri ilmu ini milik Allah. Saya hanya meminjam. Semuanya saya meminta, bukan milik saya yang asli. Jika mengkagumi, kagumlah dengan kebesaran Allah. Subhanallah.



Doakan kejayaan saya peperiksaan kali ini!

7 comments:

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

aku ade jugak ape beday parti ko. wuwuwuu

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

aku ade jugak ape beday parti ko. wuwuwuu

Dai said...

baiklah2...
ada rakan sechalet kelima juga turut hadir. meriah.

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Youp, gud luck 2 you too!

"ALLAH doesn't require you to be the BEST, but only for you to do your BEST and let Him handle the REST!"
-quoted-

~3:159~

.::annemishi::. said...

yeah.. dai.. all da best..
sama2 laa kkta brdoa.. amin..

EngiE aiN said...

all da bez eh~~~
huhu...
aku pun sdang exam jgk..
tpi masih sempat menjengah bl0g shbt2 lg..hihihi...
tgl 3 paper lg..
lg 2 minggu cuti sem..seronoknyer...7mgu cuti

Dai said...

thanx kawan2... gud luck in your exam too... n kepada ain,lpas exam aku cuti sem sminggu je... uhukz...