Friday, May 15

Garu-garu kepala...

Tiba-tiba hari ini saya berasa muak dengan Biology. Letihlah. Tambahan pula topik yang perlu dimahirkan amatlah tidak menarik. Infectious Disease. Terpaksa berhadapan dengan angka-angka kematian dan simptom penyakit yang boleh meloyakan tekak.

Jadi, saya sebagai seorang insan yang malas lagi kurang usaha, telah meminta kepastian dari seorang ‘sahabat’ saya yang amat bijak lagi pandai serta banyak bertungkus-lumus dalam memastikan prestasi akedemiknya sentiasa gemilang. Adakah perlu saya menghafal semua fakta penularan penyakit-penyakit seperti tibi dan malaria di seluruh dunia? Aplikasi sistem pesanan ringkas dibuka. Teks ditaip.

Saya : Slm. ko rsa infctious dsease yg part pandemic + epidmic msk exam x?

Sahabat : Wallahu a’lam

Saya : Ko hafal suma ka?

Tiada jawapan.


Haish. Sahabat la sangat.


Saya mula mencari alternatif lain menghilangkan perasaan letih, muak, bosan, bengang dan loya saya. Mula membelek filem-filem yang terdapat dalam laptop kesayangan saya. Semuanya cerita Inggeris, Korea atau anime Jepun. Maaf, tiada cerita Melayu. Saya suka menonton cerita yang merangsang kepala otak sendiri.


Akhirnya, saya memilih cerita yang saya fikir memang boleh membuatkan saya lupa perasaan saya yang sedang kritikal. Spongebob Squarepants the Movie. Bolehlah. Sebenarnya saya memang suka Spongebob. Saya merasakan (dengan izin Tuan yang diPertua) ‘storyline’ animasi ini teramatlah menarik kerana semuanya tidak dapat diramal oleh akal. Saya ambil dari Juliza, yang merupakan ‘tauke filem’ saya. Dan niat sebenar mahu dibawa balik cuti ini untuk ditonton bersama adik-adik di rumah. Tak mengapalah. The Simpsons Movie masih ada.






Terasa berdosalah pula mengetepikan Biology untuk menonton Spongebob Squarepants. Kertas MCQ AS Biology sudahlah Jumaat depan. Serba salah...

4 comments:

.::annemishi::. said...

spongebob... lama gila x tgok.. :(

zol dabat said...

x pa x pa
tngok spongebob pon blajaq biology jgak
nnt2 hg x yah revise dah pasai marine life

Dai said...

anne: la ni kan zaman teknologi... donload jaa... hehehe

zol: a'ah.. hidupan marine yg pakai sluar, tie + kasut...
sure gempak result exam aku... har2..

.::sharfique::. said...

Spongebob itu unisex kan?
Tapi awat dia jadi laki2
Cikgu bio, komplen cepat seblom minda adik2 rosak...
Hahaha...