Friday, May 1

Cuti...

Kali ni aku nak tulih dalam bahasa mothertongue aku. Bahasa Utagha.

Ari ni cuti. So memang ramai gila balik umah. Cam besa, aku tak balik. Dok la kat kolej. Gila bapak boring. Exam baru abeh (kononnya la, padahai tak sedaq diri ari Selasa ada paper Chem practical). So dok dalam bilik melengung la sensowang. Lepaih tu tidoq. Mangun pi makan. Balik bukak intenet, lepaih tu tidoq balik. Lagha gila. Bila tengok kolej macam dah kosong, baru rasa nyesai tak balik. Rhindu la plak kat ghumah.

· Walaupon kat sini dok dalam aircond, kat ghumah aku panaih gila tu la aku rindu.

· Walaupon kat sini hamper stiap ari makan ayam, kat ghumah mak aku just masak sambai tumih petai n ikan goreng tu la aku rindu.

· Walaupon kat sini ghamai gila kawan-kawan, adik-adik aku yang separa mereng kat umah tu la aku rindu.

· Walaupon kat sini 24 jam wireless, umah aku yang langsung takdak wayer intenet tu la aku rindu.

· Walaupon Astro kat sini ada Discovery Channel (feveret channel, nak wat camna), Astro kat umah aku yang just ada citer katun ngan citer Indu tu la aku rindu.

· Walaupon kat sini takdak orang nak bebel kat aku kalau bilik aku bercamok, kat umah yang mama aku selalu bising kalau aku campak toala merata-rata tu la aku rindu.

· Walaupon kat sini xyah basoh pinggan sniri kalau dah abeh makan, kat umah aku yang aku kena basuh pinggan satu family tu la aku rindu.

· Walaupon bilik aku kat sini gila lawa (eceh), bilik aku kat umah yang dinding tekopak tu la aku rindu.



Aku rindu rumah...



Tapi aku takleh balik. Fulus dah hampir takdak. Habeh la wei. Pokai. Then klau balik lagha dok tgk Spongebob Squarepants ngan adik aku.. Tak study.


Aku wajib dapat straight A untok A level.

Aku wajib dapat UK university offer.

Aku wajib fly.

Aku wajib grad kat UK.


Aku haram dapat C.

Aku haram fail.

Aku haram x fly!!!




Sebab kalau aku tak fly aku akan menzalimi mama ngan abah aku. Dah la bagi malu kat depa, kena soh plak depa tanggung utang aku dgn kerajaan yang mungkin hampir 1 million ringgit. Aku akan kena laknat tuhan, anak derhaka.


So. Berkorban la...

5 comments:

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

wuwwuuu.. sedey!! nak balek juge. wawawaa

Syukri Sapuan said...

majulah scholar kpm!

Syukri Sapuan said...

majulah scholar kpm!

.::annemishi::. said...

huk~ baguih dai.. chaiyok! *bgi ku sedaq diri gak nih. chaiyok anneh! aceh..

Dai said...

ada: xpe... sbulan stengah agi...
.....giler lama.....

syuk: ya!!! mari bergerak ke hadapan!!

anne: berusaha anne!! hiyak!!!