Friday, May 1

Apabila Orang Kutuk Blog Kita…

Mesti kita akan merasa panas telinga, panas hati, panas mulut dan panas sehingga dapat mengumpul tenaga kinetikyang cukup bagi menggerakkan tangan kita ke muka orang itu. Blog merupakan hasil penulisan kita, perasaan yang dizahirkan melalui penulisan. Saya tahu, orang itu mungkin prihatin. Husnul Zhar lah sikit.


Namun, apabila orang kutuk blog kita, secara tidak langsung orang kutuk kita, sebab blog itu kita yang hasilkan. Samalah juga kalau kita kutuk makhluk Allah, macam kita kutuk tuannya juga. Tetapi sebenarnya kadang-kadang tindakan bodoh manusia itu sama sekali tidak melambangkan ciptaan Allah yang agung. Anugerah sudah diberi. Tetapi ramai yang kufur nikmat.


Apabila orang mengata, terutama menggunakan ayat yang agak kasar, kita terasa hati. Bagi saya yang mempunyai hati yang tidaklah begitu baik dan memberontak juga, respons pertama yang muncul tidaklah begitu menyenangkan jika didengar. Malah boleh menimbulkan pergaduhan jika dizahirkan. Jadi dalam usaha untuk mengubah diri dan cuba mengikut ajaran Rasulullah, respons itu dineutralkan. Kerana Rasulullah mengajar kita supaya jika perkataan yang baik dibalas dengan perkataan baik. Perkataan yang buruk dibalas dengan kata yang berhikmah.



Contoh-contoh kata yang penah dilemparkan...


Satu.

Komen : Eh, poyo la ko. Tulis blog Bahasa Melayu Rasmi! Skema giler!

Respons Dalaman : Laa.. Suka hati dan otak aku la aku nak tulis bahasa urdu pun. Ko baca faham gak kan..

Respons Diberi : Ntahla.. Aku suka tulis Bahasa Melayu sekarang…


Dua.

Komen : Lawa blog. Template buat sniri ke cilop internet punya?

Respons Dalaman : Tau la ko terer buat sniri.. Tak payah riak la..

Respons Diberi : Huhu. Aku takde masa la nak buat sniri. Exam la weh…


Tiga.

Komen : Hek eleh. Pos cakap politik. Macam terer.

Respons Dalaman : Aku dok tempat yang nama PERMATANG PAUH… Famous nak mampos pasal politik kot.. Xyah nak cerita lebih-lebih politik dengan aku la.. Aku dah terer dari umo 4 tahun..

Rspons Diberi : Aku tulis sikit-sikit je. Yela. Bagi pendapat..


Empat.

Komen : Woi! Dah ada blog tu, update la selalu!

Respons Dalaman : Tau la ko xde keja asyik dok main internet je. Kalau ko bayar aku xpe la jugak.

Respons Diberi : Sori la.. Aku sibuk sikit. Study…


Lima.

Komen : Menatang apa la yang ang tulis nih.. Lagha btoi..

Respons Dalaman : La haulawala…. Blog aku.. ska ati aku la nak bebel apa pon. Kalau ko xnak lagha, bukak la Wikipedia.

Respons Diberi : Eh.. Ilmu aku xbanyak sangat pon.. Xdapat tulis yang ilmiah sangat…


Enam.

Komen : Kejap tulis Melayu. Kejap tulis English. X Konsisten la ko…

Respons Dalaman : Eh, ko tak taw lagi ke aku terer dua-dua? Arab pon aku terer gak. Nak aku tulis Arabic??

Respons Diberi : Setakat nak improve language aku je.. Aku try la sikit-sikit..


Tujuh.

Komen : Gamba dalam blog ko ni, cilop ke hape?? Yang elok sket tuh aku rasa cilop. Yang x elok tuh, mesti amek sniri ye??

Respons Dalaman : A’ah. Aku amek pakai kamera handphone aku. Yela, handphone murah. Gamba kamera pon xde la lawa sangat. Tak macam handphone ko. Ribu-ribu. Gamba lawa. Siap bleh tangkap gamba sel pokok lagi. Resolution tinggi, xpayah pakai microscope pon xpe.

Respons Diberi : Lebih kurang kot... Betol la tu...


Lapan. Yang paling sakit hati...

Komen : Ko nih reti pilih nama ke x? Blog nama ‘Aku Mahu Chendol’. Dah la link nama asid plak. Nama sniri Dai. Ko nak mati awal ke??

Respons Dalaman : Xkan nak letak nama ko kat blog aku, bahalul... Biar la, aku ska minum air cendol. Ko nak sibuk nama ling aku acid ke base ke. Bukannye aku letak nama anak ko. Cakap English 1119 SPM, A1. Mati dalam English pon xreti eja ka... Yang tu DIE, bukannya DAI. Bangang btol ko ni... Macam bahasa lain xde. Sapa nak mati awal?? Pahala pon xcukup agi nak tampung sniri masuk syurga..

Respons Diberi : Unik ape, Aku Mahu Chendol... Ala, xbleh pikir nama link lain la.. Time tu baru habis Chemistry... Dai tu, bukan English. Dai in Welsh or Japan. Pegi la cari.



Antara respons yang baik pernah diterima...


Satu.

Komen : Dai, best la blog ko. Update selalu ye!

Respons : Terima kasih banyak-banyak. Selalu la datang ye!!


Dua.

Komen : Gaya penulisan amat menarik.

Respons : Sedang cuba menyayangi dan mem’promote’ bahasa Melayu. Terima kasih!!


Tiga.

Komen : Cantik la blog ko.

Respons : Aku amek internet je template tu. At least orang masuk blog aku xla serabut. Huhu..



Dan banyak lagi... Banyak sampai tak tertulis. May Allah bless you. Tetapi yang paling bermakna bagi saya...


ZOLAKMAL DABAT MENJADI ORANG PERTAMA YANG ‘FOLLOW’ BLOG SAYA.


Terima kasih banyak-banyak Zol!!!






Perusahaan Batik Permatang Pauh... Hahaha


6 comments:

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

aku jadi follower ko gak :)

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

aku jadi follower ko gak :)

zol dabat said...

huargHH!!!!
ishk2 T.T
terharu aku dayah
t'ghima kaseh banyak2 la nOwh
biaq apa pon lepa nak kata
aku tetap dan
akan sntiasa spport blog hg
huhuhuhu

Dai said...

ada : maceh... aku pun ska follow blog ko gak...

Zol : zol jgn begini... haha.. aku pun terharu gak ngan ang...huhu~

Syukri Sapuan said...

aq sebagai salah seorang pengusaha blog di kyuem juga menyatakan bantahan terhadap isu ini. blog kita, lantak la nk tulis ape~

asalkn x menyinggung mana2 pihak & x berunsur fitnah, gosip dan umpatan. its ok~

nk gne bahasa melayu ke, bi ke. mixed ke..ske ati la kn3..


kalo x nk baca, sila klik butang pangkah kt atas kanan..



x payah melabel-labelkan org..kurang baik bersifat judgemental seperti tersebut...



so, majulah blogger KYUEM!

Dai said...

syuk:

a'ah... benar3..
support syuk! blogger sejati!!