Sunday, May 24

Adakah Ini Boleh Dikira Sebagai Ketagihan??

Ketagihan mahu terbang.




Pengenalan

Gambar notis di atas menyatakan tentang panaja saya, Cik Sharifah Ratina yang akan menugaskan seorang tukang jahit ke kolej bagi mengambil ukuran ‘lounge suit’ yang akan dipakai oleh senior saya pada hari mereka akan berlepas ke United Kingdom.


Terkena Efek (Affected)

Secara tidak langsung menghempaskan efek yang teramat besar kepada saya.


Efek Istimewa (Special Effect)

Perasaan membuak-buak mahu menyambung pengajian di United Kingdom.

Membayangkan betapa berbangganya mama abah saya ketika menghantar saya di KLIA untuk berlepas.

Membayang riak muka seseorang yang pernah menghina abah saya sebagai ‘hanya seorang tukang rumah sahaja’. Jangan salah faham; saya tidak pernah berdendam dengan beliau. Saya hanya mahu membuktikan anak seorang tukang rumah juga mampu terbang tinggi. Ingin memberi pengajaran, jangan memandang rendah seseorang. Anak tukang rumah dan anak pegawai tinggi kerajaan tiada sebarang had untuk berjaya. Menjadi tukang rumah tiada haramnya; abah mencari rezeki halal untuk kami. Malah mungkin kedudukan abah di sisi tuhan lebih mulia. Insya Allah. Doa saya sentiasa begitu.

Terbayang-bayang air mata mama saya ketika saya akan berlepas pada hari lahir beliau.

Terbayang detik-detik ketika menyambut hari raya terakhir sebelum saya berlepas ke UK.

Melihat adik-adik saya tersenyum puas setelah memberi tahu semua kawan-kawan mereka, “hampa tau tak, kakak kami pi England teruih. Dia masuk universiti yang tepi stadium Liverpool noh.”


Efek Utama (Main Effect)

Kekiasuan hebat melanda. Belajar sehingga membolehkan meja menjadi katil kedua setiap hari.

Terhafal buku teks Biology. Dalam perjalanan terhafal buku Step-by-step Chemistry.

Habis sudah semua ‘past paper’, tiada lagi yang tertinggal kosong.

Fobia walaupun hanya membuat satu kesalahan kecil ketika dalam peperiksaan. Sebagai contoh, tersalah label ‘cell wall’ sebagai ‘cell membrane’.


Efek Tepi (Side Effect)

Baju sudah semakin jarang dibasuh.

Blog sudah terbiar sedikit tanpa ‘update’.

Rakan sechalet mengadu yang beliau tidak boleh tidur kerana keadaan bilik saya yang terang-benderang sehingga pukul 4 pagi.

Membuat keputusan berhenti dari menyertai DOE kerana mendapat B dalam subjek Biology.

Sudah terlupa ramai nama kawan-kawan.

Kadang-kadang terlupa perkara-perkara penting, seperti hari bertemu dengan Pn Kast bagi pelajar jurusan Biologi. Atau kerja rumah English.



Mahu pakai seluar atau ‘long skirt’??...

10 comments:

zol dabat said...

hg pakai r track suit
mana da pnah orang buwat
nnt mesti lepa kata hg jnih
"think outside the box"

hahaha
pa2 pon aku ucapkan good luck dkat hg
semoga dapat fly dan bktikan
anak kpd sapa2 pon
klaw usaha insyaallah dapat

muri syinai de
gambaru zou!!!

Anonymous said...

yg tutup aurat, hehe..

Dai said...

zol :
zol... awat hang tak soh aku pakai kein batik ja.. bleh promote budaya melayu kat UK. ang tak rasa camtu??

yah.. musti dibuktikan.. huwa~sayang abahku...

aku tak cekang ckp jpun cam ang..
ganbatte!!! kem salam nobita dan doremon ek...


anonymous :
tulah.. klu cmtuh, pakai skali la dua2 tu eh.. +)

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

rilek dai.. rilek.. kui3..

muFFin said...

jom kite pakai kain batik

Dai said...

ada : hehe.. rilek pas abeh bio p2 ar..

muffin : kain batik ngan blazer eh muffin...

Zawani Ibrahim said...

...and it affected me too, even im not a kpm scholar...

Dai said...

haha.. good for you...!! aiyo study!!

.::sharfique::. said...

Dayah, hang abih prep bila?

Dai said...

abeh lmbat agi noh.. bulan 6 taon dpan...