Wednesday, April 29

Usaha Untuk Meneruskan Kelangsungan Hidup

Setiap hari aku amat bersyukur kerana Allah Taala telah meletakkan takdirku berada di Kolej Yayasan UEM. Namun, hari ini aku lebih bersyukur lagi. Aku belajar satu pelajaran yang amat berharga di kolej. Pelajaran yang tidak mungkin akan diajar di kelas. Anugerah Allah Taala terhadap manusia yang membolehkan mereka menggunakan akal fikiran untuk mencari jalan meneruskan kehidupan amat aku syukuri. Teringat aku tazkirah Mr. Zaidi di surau setiap hari Selasa selepas Maghrib.. Menarik. Agenda yang dibawa oleh beliau; Otak manusia. Aku amat berminat dengan topik sebegini. Gabungan Sains dan Islam. Bagi warga KYUEM, jika mempunyai kelapangan masa, marilah ke surau! Ilmu yang disampaikan tidak ternilai harganya.

Kembali kepada isu utama. Kisahnya begini. Esok aku perlu melalui peperiksaan semester kertas Biology. Sebagai usaha untuk mengelakkan diriku daripada menyahut seruan katil di sebelah mejaku, aku telah membancuh se’mug’ milo mocha hasil ehsan Ejat, rakan sechaletku. Tetapi minuman berkenaan ternyata amat panas dan menyukarkan lidahku untuk menerima air tersebut. Dan aku telah diberi ilham untuk menyelesaikan masalah berkenaan, dengan cara begini...



Ya, itu adalah pad penyejuk untuk komputer ribaku.

Fungsinya sama. Cuma tugasnya telah bertukar sedikit. Sekarang beliau juga berkhidmat untuk menyejukkan air mochaku. Dan dengan menggunakan sedikit ilmu Fizik yang dipelajari di sekolah dulu (terima kasih cikgu Halmi dan Cikgu Hafiz!), aku membuat sedikit pemodifikasian.



Satu lagi kipas yang tidak diletakkan mug, mesti ditutup supaya udara tidak akan lebih banyak terlepas ke sebelah sana. Lebih banyak udara yang akan tertumpu ke sebelah mug. Mekanisme ini boleh mempercepatkan lagi proses penyejukan minuman.

Pengajarannya, ilmu itu amat berguna dalam hidup. Janganlah asyik mencari musuh hingga ke lubang cacing. Sebaliknya carilah ilmu walaupun sehingga ka lubang bakteria.


Nota kaki : Ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bahas Bahasa Melayu SBPIKP yang berjaya melayakkan diri ke suku akhir bahas Piala UIA. Hebatlah kalian tahun ini. Walaupun kecundang pada STAR, Rosman telah berjaya mendapat gelaran pembahas terbaik dan menebus kekalahan di HK Zon. Kepada Basil dan Solihin, jangan gundah. HK Kebangsaan masih ada. =)

3 comments:

.::annemishi::. said...

wah3.. bleh guna nih ilmu.. hiau2~~

bgus2.... cerdik tol...

zol dabat said...

huhuh
penuh dengan bunga
namun buahnya juga tidak kurang manis....

Dai said...

annemishi : Ya. ilmu yang berguna dalam hidup harus diamalkan. Boleh la disebarkan. X)

zol dabat : terima kasih atas komplimen anda. baik sungguh hati..hihi