Monday, April 20

Tentang Bulan


Saya juga remaja. Jadi masalah hati memang biasa. Tetapi saya tidak pernah bermasalah seperti ini.

Saya tertarik pada bulan. Terlalu tinggi, terlalu suci. Tidak akan tercapai tanganku. Melainkan saya mempunyai wang yang banyak dan mampu menyertai NASA untuk ekspedisi ke bulan. Walaupun tidak pernah berniat di hati mahukan bulan. Saya mahu awan. Awan tidaklah seperti bulan yang mampu menjadi matahari di kala malam gelap. Saya tidak tahu mengapa saya boleh tertarik dengan keindahan bulan. Saya cuba melawan, cuba melupakan bulan. Tetapi gagal. Semakin saya cuba melawan arus berlari meninggalkan bulan, semakin saya dekat dengannya. Setiap hari saya termimpi-mimpikan bulan.

Setiap kali malam menjelma, jantung saya berdegup kencang, perasaan bahagia datang dalam hati saya. Walaupun saya hanya mampu melihat bulan jauh dari balkoni istana saya sahaja. Tetapi saya tetap gembira.

Dan kadang kala saya merasakan cahaya bulan hanya terpancar untuk diri saya sahaja. Saya merasa seperti bulan telah membina laluan untuk saya merentas langit ke angkasa, tempat bulan berada.

Tetapi saya merasa segan dengan bulan. Bulan tinggi nun jauh di sana; Saya pula hanya bak selendang hitam di atas Bumi. Jauh perbezaannya. Mungkinkah suatu hari nanti saya akan bersama bulan? Mungkinkah selendang ini ditiupkan angin, berterbangan di malam hari, dipanah cahaya bulan dan menjadi seindah seindah perhiasan di sisi bulan? Seperti cerita dongeng.

Dan kadang kala saya gundah. Angin, sahabat saya yang amat rapat selalu berbisik di telinga saya; bulan tidak begitu suka angin berkawan rapat dengan saya. Walaupun bulan bukanlah betul-betul menyatakan perasaan tidak gemarnya kepada angin, tetapi saya dan angin faham benar dengan kata-kata bulan. Ada pengertian di sebalik jenaka bulan. Bulan pada tafsiranku menganggap saya dan angin ingin terbang bersama. Memang saya gembira bersahabat bersama angin, tetapi saya lebih bahagia walaupun saya hanya melihat bulan. Walaupun bulan tidak banyak bersuara denganku. Cukup bahagia untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau. Walaupun saya kadang kala cemburu melihat bulan dikelilingi banyak bintang yang gemilang bergemerlapan.

Dan satu lagi ketakutanku; saya takut bulan tidak lagi memancarkan cahayanya kepada saya. Saya takut bulan pergi dari saya. Walaupun saya tahu bulan akan pergi jua. Jauh. Saya juga akan pergi jauh. Tetapi bulan lebih jauh. Saya takut saya rindu pada bulan. Saya tidak mahu menjadi pungguk.

Bulan..

7 comments:

zawani ibrahim said...

yah yah saya tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

.::annemishi::. said...

waaah....very literary... i hve to decipher... and analyze.. lol~~~

.::sharfique::. said...

Ini kisah tentang bulan...
Bulan bintang jadi kawan...
Begitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan..
Moga berkekalan
selamanya...

Ini lirik 'Tentang Bulan' dr sountrack filem Tentang Bulan
Terima kasih :)

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

ko wat ke benda ni? perghhh!!!

mud said...

figurative gylah!

wusheee hebat~

zol dabat said...

weh hg apa crita la?
sihat ka?

Dai said...

zawani = bagus..keep quiet..

annemishi = haha... analysing the missing context..lol

sharfique = kanak2 tol lar cter tuh...

ada = (dgn muka riak) a'ah.. aku la bwat... ~GKK - gelak kuat kuat

mud = thanx.. post ang pon meaningful gaks... aiceh...

zol = aku sihat la.. pm sihat?