Friday, April 10

Ada Cerita Di Sebalik Sembahyang Lewat...

Tadi saya buka Friendster saya. Bosan. Walaupun di depan bijik mata ada kerja rumah Biology yang diberi Mr Boler. Saya skrol turun ke bawah, melihat-lihat perkembangan rakan-rakan. Tiada apa yang menarik. Saya skrol ke atas semula. Pos buletin dari rakan lama, Hajar menarik minat saya, sperti anda tertarik dengan tajuk pos saya kali ini. Saya terkedu selepas membacanya. Insaf. Jadi saya merasakan saya patut poskan di blog supaya kita dapat berkongsi input. Lagipun lama saya tak meng’update’ Aku Mahu Chendol . Dia pun sudah merengek-rengek.

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya Kisahnya.....


Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya MasyaAllah...


Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.


Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar

amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat

sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk

diserahkan amalan kita pada Tuhan.


Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada

lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti. Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak….

3 comments:

.::annemishi::. said...

ku suka cita nih~~~~~~ byak pengajran..
insap~~

Ms Are_in said...

uwaaaaaaaaaaa~
takut....dulu2 suka smayang lewat~
hik4~
sebab pa tau...kalau isyak tu,tid0 dulu then bangun tengah malam baru solat~
jahat bt0l....huuuu..
skrg smakin baek~
saya sayang diri sendiri...xm0 masuk neraka la....nk masuk syurga tr0s..then buleh bawak kapal terbang...har5~sungguh seronok saat itu~

Dai said...

annemishi - aku pon insap gak.. da x brani wat... T_T

ain - har2..x slap ak solat isya' sunat dlambatkan.. klu mu da bangun tgh malam tuh topup skali ngan tahajud ke.. solat sunat ke... baru unggul...huhu...