Saturday, March 14

PPSMI

Saya tidak tahu apa-apa mengenai rancangan pemansuhan PPSMI sehinggalah saya pulang ke Pulau Pinang seminggu yang lepas.

Pertama sekali saya terdengar rancangan ini di berita TV3. Saya menjadi pelik. Saya merupakan generasi pertama yang menjalani pembelajaran Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains. Dan bukan sahaja Matematik dan Sains, malah Matemetik Tambahan, Matematik Moden, Biologi, Fizik, dan Kimia.

Saya tidak mengatakan yang saya pro-PPSMI atau anti-PPSMI. Bukan begitu. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya hanya generasi eksperimen oleh kerajaan Malaysia dalam perlaksanaan PPSMI. Dulu, semasa generasi kami mula-mula ingin dieksperimen, banyak pihak membangkang. Tetapi PPSMI tetap dijalankan. Kami risau, kerana peralihannya terlalu ketara. Iyalah, semasa di sekolah rendah kami belajar PROSES FOTOSINTESIS, apabila ke sekolah menengah dah jadi PHOTOSYNTHESIS PROCESS. Walaupun kedua-duanya membawa satu takrifan yang sama, namun ianya tetap berlainan. Tetapi kami hanya kanak-kanak yang berumur 13 tahun ketika itu. Tidak dapat bersuara apa-apa. Jadi kami hanya menerima apa yang diberikan kepada kami. Buku teks kami semuanya baru. Buku rujukan payah sekali untuk dicari. Buku latihan apatah lagi.

Sekarang, generasi kami kebanyakannya sudah berada di pusat-pusat persediaan pengajian tinggi. Ada yang sedang dalam persediaan untuk ke luar negara. Ada yang berada di Tingkatan Enam, Kolej Matrikulasi, Institut Perguruan, Proglam Diploma dan sebagainya. Kebanyakannya berada di tahun pertama. Kami sudah melalui PPSMI selama lima tahun; Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia kami dalam Bahasa Inggeris.

Yang amat menghairankan saya, mengapa baru sekarang baru bertindak mahu memansuhkan PPSMI? Ibarat rumah siap pahat berbunyi. Apa yang saya fikirkan:- Apabila Perdana Menteri berganti, dasar juga akan berganti. Menyebabkan saya terfikir sisitem politik di Malaysia sudah mencapai tahap di mana pemimpinnya semua hanya gilakan kuasa. Menyebabkan saya terfikir di manakah letaknya kebajikan rakyat Malaysia? Saya tidak tahu. Saya malas mahu mengambil tahu. Saya tidak berminat dengan politik. Walaupun abah menginginkan saya terlibat dalam dunia politik. Saya tak sudi.

Pada pendapat saya, CARA perlaksanaan PPSMI sebenarnya yang tidak sesuai. Jika mahu melaksanakan sesuatu yang baru mahu diperkenalkan, sharusnya ianya dijalankan secara berperingkat. Dan jika mahu dimansuhkan, mansuhkanlah secara berperingkat. Tidaklah menjadi huru-hara. Tidak perlu terburu-buru. Kita berbicara mengenai masa hadapan dan hala tuju generasi muda Malaysia. Generasi kami yang menjadi sasaran PPSMI. Seharusnya kami yang mengadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan. Bukan pakcik-pakcik.



Respons kawan-kawan:-

Susah la camni. Kita dah blajaq sampai abeh form 5 baru nak mansuh. Yang budak-budak banyak fail sbab PPSMI dulu camna nak bela nasib depa?

Kejap cakap camtu, kejap cakap camni. Kejap English, kejap BM. Boleh mereng kita ni.

Jangan cakap hang, kita yang nak jadi cikgu ni. Lagi la. Kita blajaq menda-menda ni English, tetiba nak ajaq balik jadi BM. Boleh tersasul gak aku ngan student nanti.

Kesukaran yang kami alami ketika menjadi generasi pertama PPSMI:-

-Buku teks yang dibekalkan di sekolah tidak mencukupi. Jadi, pinjaman buku teks yang boleh diterima oleh pelajar juga amat terhad. Dan walaupun kami layak menerima pinjaman buku teks jika diikutkan kuota dahulu, sekarang kami terpaksa membeli sendiri buku teks menggunakan wang sendiri. Ada juga yang menggunakan wang biasiswa. Saya sendiri tidak terkecuali. Pengetua saya sendiri pernah bertanya kepada saya, “Pasaipa hang dapat biasiswa tapi tak dapat SPBT?”

-Buku rujukan juga amat terhad. Seingat saya, hanya ada dua jenis buku rujukan bagi setiap matapelajaran. Ketika itu buku rujukan amat laku, laris benar di pasaran. Sehingga ada 7 ke 8 cetakan dalam setahun.

-Buku latihan juga mengalami nasib yang sama.

-Jika ada perkara yang tidak difahami dalam pelajaran, senior tidak dapat membantu. Jika mereka menerangkan DIGESTION PROCESS kepada kami pun, kami tidak faham. Iyalah. Apa yang diterangkan mereka kepada kami ialah PROSES PENCERNAAN. Istilahnya juga berlainan.

-Bagi yang tidak menguasai Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains juga gagal. Noktah.

-Guru-guru yang selama ini mengajar dalam bahasa Melayu terpaksa menukar lidah mereka mengajar dalam Bahasa Inggeris. Kadang-kadang kasihan melihat cikgu-cikgu tersasul, atau mencari “the right word” untuk menerangkan mengapa “one plus one is ten”.

-Selalunya jawapan peperiksaan kami akan salah. Terutamanya kertas subjektif. Sebab utama, cikgu tak faham apa yang kami cuba terangkan dalam kertas jawapan kami.

Ini hanya berlaku pada awal perlaksanaan. Selepas dua atau tiga tahun, kami sudah mula OK. Sudah dapat menerima, memahami, mencerna apa yang diajar. OK.

Kesenangan yang kami alami hasil dari PPSMI:-

-Bahasa Inggeris kami memang lebih baik dari dulu. Kita bukan di negara Jepun. Kita perlu menguasai Bahasa Inggeris.

-Bagi pelajar Sains, mencari bahan rujukan di internet memang amat senang. Tidak perlu risau penerangan yang diberikan dalam bahasa Inggeris tidak difahami. Semuanya istilah kami.

-Kebanyakan hasil penulisan subjek Sains ialah dalam Bahasa Inggeris, karana penulisnya juga orang Barat. Buku Sains yang kami baca, tidak perlu sibuk mencari makna yang tidak difahami dalam kamus Oxford.

-Bagi pelajar cemerlang yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara, tidak perlu risau masalah medium pembelajaran yang tidak difahami. Kami tidak kisah walaupun kami sekarang diajar oleh Mat Saleh, dan bahasa yang diajar ialah Bahasa Inggeris.

Saya neutral. Saya akui memang PPSMI membawa banyak manfaat. Tetapi ini hanya boleh dipraktikkan kepada pelajar yang memang sudah mempunyai asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris. Bagi pelajar yang ibu bapanya tidak memahami Bahasa Inggeris, bagaimana? Bagi pelajar yang tinggal di kampung, semestinya bertutur dalam bahasa Inggeris merupakan sesuatu yang janggal. Hal ini menyebabkan mereka kurang memahami dan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus PPSMI menyebabkan mereka lebih susah untuk belajar.

Terfikir juga saya, bagaimana saya sebagai seorang anak kampung boleh berjaya?...

3 comments:

S.Y.U.K. said...

aq satu platun dgn ko..

x sokong. x bangkang.

neutral.

hahahahha

Dai said...

=) kna tgk logik gak nih

rosmanrazif said...

kalau kat sbpikp nih isu PPSMI tak leh sebut sgt.jadi isu sensitif

memang benda ni ada baik dan ada buruknya.

cuba kak dayah baca blog nih

http://arsal74.blogspot.com/