Monday, March 16

Aku dan Isu di Perak

Ramai yang hangat memperkatakan isu di Perak. Saya juga tidak ketinggalan. Saya dibesarkan dengan politik.Abah saya merupakan ‘big fan’ politik. Jadi saya sudah didehkan dengan isu-isu politik sejak dari umur 5 tahun. Mungkin terlalu banyak pendedahan; sekarang saya amat tidak berminat dengan politik. Entahlah. Kerana abah, saya ambil tahu juga.

Saya masuk ke dalam ‘AV Room’ dalam Resource Centre (Perpustakaan). Tujuan saya bukan kepada surat khabar yang ditimbunkan di atas meja di tengah-tengah bilik itu. Saya terus memandang sekeliling; ke arah beberapa buah PC Mac yang terletak bertentangan dengan dinding bilik tersebut. Semuanya penuh. Hanya beberapa yang tidak diduduki. Sebagai seorang peminat ‘AV Room’, saya tahu PC yang tidak berpenghuni itu rosak. Hampa. Jadi, saya menjadikan bos saya, Syukri sebagai sasaran. Syukri nampaknya khusyuk membaca satu artikel dalam komputer yang didudukinya.

Dai : Ko bace ape ni? – mengikut loghat Johor

Syuk : Ni haa.. Isu di Perak.

Dai : Kenape dengan di Perak?

Syuk : Kerajaan negeri Perak terpaksa dibubarkan.

Dai : Pasaipa plak? – terlalu terkejut sehingga terkeluar loghat utara

Syuk : Ada 3 orang ahli DUN keluar Parti Perikatan. Jadi Dewan dah tak cukup majoriti 2 per 3. Jadi sekarang tengah kecoh nak wat ape, sebab dah jadi same banyak antare BN dengan Perikatan.

Saya terdiam. Tergaru kepala. Tepat-tepat 3 orang boleh keluar dalam satu masa, dan apabila 3 orang keluar, majoriti dewan terus sama. Tak dapat diterima akal. Saya mengutarakan persoalan ini kepada abah. “Entahla, depa memang camtu, depa ingat oghang Meleysia semua bodo-bodo kot,”. Saya tidak memberi komen. Hanya tersengih di telefon. Terdengar mama berleter di rumah dari gagang telefon bimbit saya. Kata abah, “Mama hang”. Saya tersengih dengan lebih lebar. Mama tidak suka abah membabitkan saya dengan politik. Jauh sekali menggalakkan saya menyertai politik. Abah, walau bagaimanapun, mempunyai pendapat yang berbeza dari mama.

***

Seminggu kemudian saya mendapat khabar dari Syukri; BN telah mendapat mandat dari Sultan Perak untuk memerintah Negeri Perak.

Bermacam persoalan bermain di minda saya. Mungkin pendapat saya betul, mungkin salah. Namun kesibukan di kolej menyebabkan saya tidak begitu memikirkan isu ini. Cuma kadangkala di dalam kelas Pengajian Malaysia ada juga kami bincangkan.

***

Apabila saya pulang ke Pulau Pinang untuk bercuti, sekali lagi saya dikejutkan. Kata mama:

“Menteghi besaq Perak la ni anak sedagha Tok Mat hang la. Dulu masa Tok Cu saket, dia ada mai.”

Terjemahan : Menteri Besar Perak yang baru ini merupakan anak saudara kepada datukmu, Tok Mat. Semasa datuk saudara kamu, Tok Cu sakit dulu, beliau pernah datang melawat.

Kesimpulan : Secara jelasnya, beliau ialah bapa saudara saya yang jauh. Noktah.

2 comments:

S.Y.U.K. said...

hui, dai anak saudara MB. bleh mintak sponsor ni. hahahahahaha

ek, asal nama aq up ni. popular ala pasni.

Dai said...

ko kan memg ska mencapap...hehe..
aku popularkan la sket bos..